Thursday, February 5, 2009

Asas kepada IBADAH ialah MATI,
Asas kepada KEMESRAAN ialah SENYUMAN,
Asas kepada PERSAHABATAN ialah KEIKHLASAN,
Asas kepada KEHIDUPAN ialah PERJUANGAN...

Senyuman.......

SENYUM SEINDAH SURIA,
YANG MEMBAWA CAHAYA,
SENYUMLAH DARI HATI,
DUNIAMU BERSERI...

SENYUM UMPAMA TITIAN,
DALAM KEHIDUPAN,
KU TERSENYUM.......
KAU TeRSENYUM......
KEMESRAAN MENGUNTUM...

SENYUM...KEPADA SEMUA,
SENYUMANMU AMATLAH BERHARGA,
SENYUM MEMBAHAGIAKAN,
DENGAN SENYUMAN TERJALINLAH....IKATAN.....

Entah tabiat aku pd pg exam falsafah..aku teringat lagu ni..senyum..aku bagi mesej kat kakak aku..sambil2 tu..aku nyanyi lagu ni..tapi nyanyi dalam ati je la..(sebab tak ingat lirik sebenarnya..huhu)
Senyum sesuatu yang subjektif dan sangat berharga.Kadang-kala hanya dengan senyuman seseorang mempunyai ramai kawan...kadang-kala senyuman salah digunakan dan ditafsirkan.
Ramai yang tahu terdapat pelbagai jenis senyuman.....senyum sumbing, senyum sinis, senyum perli, ada jugak senyum mengada....betul atau tidak? tetapi senyuman yang selalu diinginkan... ialah senyuman ikhlas dari hati....senyuman ini cukup bermakna.....dengan senyuman inilah biasanya akan terjalin satu ikatan persahabatan secara disengajakan atau tidak.

Tetapi insan hari ini berbeza...selalu sahaja bermasam muka...dengan bermasam muka... sehingga ada yang mengatakan orang selalu merajuk, bermasam muka cepat tua mungkin kerana ketika bermasam muka...otot muka byk digunakan, tetapi bila kita senyum...hanya sedikit otot muka digunakan, dan ramai yang mengakui dengan senyuman boleh menjadikan kita awet muda....ini mungkin kaedah sains,saya pun kurang pasti.

Konsep senyuman yang cuba diketengahkan di sini kerana jarang kedapatan senyuman melainkan apabila jumpa orang yang dikenali sahaja.Sebenarnya kadang-kadang dengan muka yang masam, orang pun takut nak tegur, dari sini kemungkinan boleh terjadi hilang kawan, kerana dari bermasam muka, mungkin akan terjadi pertengkaran, dan akhirnya tidak bertegur sapa. Seperti kata seorang kenalan "muka masam mencuka, kawan-kawan pun lari". Ada yang mengatakan, pada dia, dengan cara begitu...dia tidak rugi apa-apa, tapi dia silap, jika tidak diubah, mungkin akan terjadi,