Wednesday, November 18, 2009

[DOA] Adab Bila TuRun Hujan dan PetiR


bismillahhiRRahmaniRRahim

Hujan adalah Rahmat Allah. Dengan hujan manusia dapat melangsungkan kehidupannya. Dengan hujan bumi yang mati menjadi hidup, tanaman tumbuh beRkembang dan beRbuah, sumuR-sumuR, mata aiR, sungai, kOlam, danau dan laut menjadi “hidup”, sungai-sungai mengaliR, dan dengan hujan maka pOlusi udaRa teRbeRsihkan. Siapakah yang telah menuRunkan hujan itu?

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ. ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ

“Maka teRangkanlah kepadaku tentang aiR yang kamu minum. Kamukah yang menuRunkannya daRi awan ataukah Kami yang menuRunkan?” (Q.S. Al-Waqi’ah : 68-69)

DOa Meminta Hujan

Jika meminta tuRunnya hujan, maka Nabi peRnah beRdOa dengan mengangkat tangan sambil membaca dOa :

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Allahumma aghistnaa, Allahumma aghistnaa, Allahumma aghistnaa.

“Ya Allah, tuRunkanlah hujan. Ya Allah, tuRunkanlah hujan. Ya Allah, tuRunkanlah hujan.” (H.R. BukhaRi – Muslim)

atau dOa beRikut ini

اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Allahummasqi ‘ibaadaka wa bahaa imaka, wansyur rahmataka, wa ahyii baladakal mayyita

“Ya Allah! BeRilah hujan kepada hamba-hambaMu, teRnak-teRnakMu, beRilah RahmatMu dengan meRata, dan subuRkan tanahMu yang tandus.” [HR. Abu Dawud 1/305 dan dinyatakan hasan Oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud 1/218.]

QS. An-Nuur [24] : 43

DOa Ketika TuRun Hujan

Ketika melihat hujan telah tuRun, Nabi biasa membaca dOa di bawah ini :

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Allahumma shoyyiban naafi’an

“Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat.” (H.R. Al-BukhaRy)

Atau dOa beRikut :

اللهم سقيا هنيئاصـيبا نافعا اللهم اجعله صيب رحـمة ولا تجعله صيب عذاب

Ya Allah,(jadikanlah hujan ini) sebagai siRaman yang menyenangkan dan hujan yang beRmanfaat. Ya Allah, jadikanlah hujan ini Rahmat dan jangan Engkau jadikan hujan siksaan.” (H.R. Ibnus Sunny)

Jika meRasa takut akan kemudhaRatan hujan, maka Nabi mengajaRkan dOa di bawah ini:

اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari..

"Wahai Tuhanku! TuRunkanlah hujan di sekitaR kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau tuRunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pOkOk-pOkOk.” (H.R. BukhaRi-Muslim)

DOa ketika TeRdengaR PetiR/Geledek/ HalilintaR.

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi

“Maha Suci Allah yang mana guRuh ini mentasbihkan- Nya beseRta memuji-Nya dan juga paRa malaikat mentasbihkan- Nya kaRena takut kepada-Nya.” (H.R. Malik)

Adab Ketika TuRun Hujan dan MendengaR PetiR/Geledek/ HalilintaR:

  1. BeR-tasyakkuR, yaitu mensyukuri atas segala nikmat Allah beRupa hujan, kaRena dengan hujan itu bumi yang mati menjadi hidup, tanaman menjadi tumbuh dan beRkembang, buah-buahan yang beRaneka waRna dan Rasa beRbuah di mana-mana sehingga dapat dinikmati Oleh manusia dan binatang.
  2. BeR-tadabbuR, yaitu mengenali, menganalisa, menghayati, lalu membesaRkan kekuasaan Allah pada kejadian hujan, petiR dan geledek
  3. BeR-tafakkuR, yaitu memikiRkan tentang segala kejadian yang teRjadi kepada manusia, baik yang membawa kemanfaatan maupun yang menjadikannya bencana. Semua kejadian dalam alam ini meRupakan bukti tanda-tanda kebesaRan dan kemahakuasaan Allah.
  4. BeR-taatstsuR, yaitu teRkesan dengan pelajaRan daRi Allah melalui ayat-ayat kauniyah sehingga semakin mempeRtebal keyakinan hati teRhadap keMahaEsaan dan keMahaKuasaan Allah.
  5. BeR-ta’awwudz, yaitu beRlindung diRi kepada Allah daRi segala segala hal yang akan membawa bencana dan kemadhaRatan bagi umat manusia. Dengan selalu beRlindung kepada Allah dengan membaca dOa-dOa yang telah diajaRkan Oleh Rasulullah SAW semOga segala kejadian yang semula akan beRakibat buRuk menjadi manfaat dan maslahat bagi manusia
  6. BeR-taqaRRub, yaitu upaya untuk selalu mendekatkan diRi kepada Allah sehingga Allah ta’ala benaR-benaR meRidhai kehidupan kita di dunia dan di akhiRat
  7. BeR-taubatan Nasuuha, yaitu memOhOn ampun atas segala kekhilafan, kesalahan, dOsa-dOsa dan maksiyat kepada Allah, yang disengaja atau tidak disengaja, yang diketahui atau tidak diketahui dan beRjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Sunday, July 12, 2009

.: FARHAN :.


Si kecik FARHAN..rindu sgt kt dia..HAN..nama timangannya..kami sekeluarga pggl dia adk..tp adk kesayanganku ni guna pggln 'HAN' tuk dirinya sndri..jd kami pggl dia 'HAN', meraikn pggln tersebut..bila bercakap ngn dia..aku sll mntk dia eja nama dia..jwpn dia 'han baru sekolah tadika..' suka dengar dia cakap..hilang sekejap segala y dpk kn..seronoknya ketika di zaman kanak-kanak..xperlu pk apa2..seronok bila bersama kanak2..mcm hilang beban yg ditanggung. Namanya dekat sgt dgn namaku..bila kwn2 pggl namaku dgn nama 'FARHAN'.Aku mnjwb tu nama adk sy la..tp aku xkshkn org pggl nama tu..cuma de kerinduan pd sikecil ni..

Tuesday, July 7, 2009

.: AWARD FROM HANNIN :.


 Tq hannin for this award..sori la lmbt amik&letak dlm ni..dh lma xupdate blog la..huhu..

Saturday, May 2, 2009

.: TIGA TAHAP HAT I:.

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.

Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya. Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu.

Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan. Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan. Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan.

Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya: "Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah. Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh

firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah.
Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya. Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu. Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Friday, May 1, 2009

Time kasih cik hannin..

First time kene tag..


Tanda

1-tanda kamu badmood ?
buat ssuatu cam kelam kabut..lari dr b'sembang ngn org..

2-tanda kamu marah??
membebel sorg2..nasib la klu de org dgr..

3-tanda kamu sinting?
maaf saye xpaham perkataan tu...huhu...

4-Tnda2 kamu malu
lari nyuruk blakang org...xpun tutupla muka dgn pape pn..

5-tanda2 kamu sedang cemburu
rasa prubhn kt muka..lari dr keadaan tu..

6-tanda2 kamu sedang sedih
kurang selera..duk sorg2 nangis la..

7-tanda2 kamu gembira
ntah..

APA

1-Apa warna baju kamu pakai sekarang
biru

2-Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping?
tak..

3-Apa ingin kamu lakukan sekarang?
nak duk ngn parents&...

4-Apa rase di hati kamu sekarang?
risau exam...
BILA

1-bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia?
julai 86

2-Bila saat terindah dalam hidup kamu?
ntah...xmo bitau...

3-bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa
ntah jugok...

4-Bila kamu akan married?
ble tibe masanya..huhu..

BAGAIMANA

1-Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati?
buat xtau je la..nnt sakit ati tu hilang sndri..

2-Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem?
senyum je la..hahaha..
3-Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu?
mungkin akn terpk..npe time susah je dia cari kite..

4-Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu?
cedey gak...lame2 malu nk jumpa ngan org tu & sblhnya xnk jumpa ngn dia lg sbb dia xsuke kite...huhu...

5-Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api?
Nauzubillah...tp prnh la t'pk..

6-Bagaimana jika kamu keseorangan?
memikir&tdo

Saturday, April 4, 2009

.: IKTIBAR DARI SEEKOR NYAMUK :.

Seekor nyamuk berlegar-legar di kepala dalam gelap.Tangan sasa pun cepat saja bertindak. Papp...berakhirlah riwayat hidup seekor nyamuk yang sedang mencari rezeki.Tanpa bicara, tanpa timbang rasa manusia telah menjatuhkan hukumankepadanya.Langsung tidak memikirkan keperluan Sang nyamuk yang mahukan setitis saja darah dari manusia itu. Mudah-mudah saja menjatuhkan hukuman,hanya dengan sedikit kesalahan..

Itu tentang seekor nyamuk yang mungkin boleh membawa mudharat kepada manusia,yang tidak salah membunuhnya.Tetapi pada hakikatnya begitulah manusia,terlalu cepat menghukum kesilapan orang lain.Apatah lagi kesilapan itu ada kaitan dengn dirinya.Bila orang menegur,cepat sahaja melenting.Bila orang menasihati,cepat sahaja terasa hati.Bila kawan buat kerenah,cepat sahaja kita menyangka-nyangka.
Jarang sekali di antara kita yang akan berkata,"Mungkin ada sebab kenapa dia buat begitu..."
atau hati terasa,"Agaknya kalau aku buat begitu,macam inilah orang akan terasa..."Iaitu sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman,walaupun hanya di dalam hati.

CUBA BAYANGKAN KALAU ALLAH YANG MAHA BESAR,MAHA KAYA DAN MAHA PERKASA ITU BERBUAT KEPADA MAKHLUKNYA KHUSUSNYA MANUSIA,SEPERTIMANA KITA SELALU MENGHUKUM PADA NYAMUK.
RASA-RASANYA,HAMPIR-HAMPIR MUSTAHIL BOLEH BERJUMPA MANUSIA DI MUKA BUMI INI LAGI HARI INI.JUSTERU TIDAK ADA SATU PUN MANUSIA YANG TIDAK PERNAH MEMBUAT SILAP DAN SALAH,SAMA ADA DENGN ALLAH ATAU SESAMA MANUSIA.MELAINKAN PARA NABI DAN RASUL YANG MEMANG TERPELIHARA DARIPADA DOSA-DOSA.
BETAPA PEMURAHNYA ALLAH,KITA YANG SELALU BUAT SALAH DAN SILAP,MASIH LAGI DIBERI REZEKI SETIAP HARI.TETAPI NIKMATNYA YANG PALING BESAR TENTULAH BILA DIBERI HIDAYAHNYA.ANUGERAH YANG TIDAK BOLEH DIBAYAR DENGAN SEISI DUNIA SEKALIPUN.

Bukan mudah untuk membuktikan syukur.Hidayah sudah diberi,tapi dosa dan kesalahan tetap diulangi lagi.Tahu dosa tapi tak rasa berdosa,mengulang-ulang kesilapan yang sama. Kalau Allah berbuat terhadap makhluknya seperti kerasnya kita dengn nyamuk tadi,alangkah malangnya kita.Malang di dunia,di akhirat lebih-lebih lagi.

Sunday, March 15, 2009

.: Antara Sebab Atau Tanda-Tanda Hati Mati :.


Menurut Syeikh Ibrahim Adham


Antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Mengaku cinta kepada Rasullulah S.A.W, tetapi tidak beramal dengan sunnahnya.
3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah S.W.T, tetapi tidak mensyukuri atas nikmat pemberiannya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
.

SALAM MAULIDUR RASUL


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, February 5, 2009

Asas kepada IBADAH ialah MATI,
Asas kepada KEMESRAAN ialah SENYUMAN,
Asas kepada PERSAHABATAN ialah KEIKHLASAN,
Asas kepada KEHIDUPAN ialah PERJUANGAN...

Senyuman.......

SENYUM SEINDAH SURIA,
YANG MEMBAWA CAHAYA,
SENYUMLAH DARI HATI,
DUNIAMU BERSERI...

SENYUM UMPAMA TITIAN,
DALAM KEHIDUPAN,
KU TERSENYUM.......
KAU TeRSENYUM......
KEMESRAAN MENGUNTUM...

SENYUM...KEPADA SEMUA,
SENYUMANMU AMATLAH BERHARGA,
SENYUM MEMBAHAGIAKAN,
DENGAN SENYUMAN TERJALINLAH....IKATAN.....

Entah tabiat aku pd pg exam falsafah..aku teringat lagu ni..senyum..aku bagi mesej kat kakak aku..sambil2 tu..aku nyanyi lagu ni..tapi nyanyi dalam ati je la..(sebab tak ingat lirik sebenarnya..huhu)
Senyum sesuatu yang subjektif dan sangat berharga.Kadang-kala hanya dengan senyuman seseorang mempunyai ramai kawan...kadang-kala senyuman salah digunakan dan ditafsirkan.
Ramai yang tahu terdapat pelbagai jenis senyuman.....senyum sumbing, senyum sinis, senyum perli, ada jugak senyum mengada....betul atau tidak? tetapi senyuman yang selalu diinginkan... ialah senyuman ikhlas dari hati....senyuman ini cukup bermakna.....dengan senyuman inilah biasanya akan terjalin satu ikatan persahabatan secara disengajakan atau tidak.

Tetapi insan hari ini berbeza...selalu sahaja bermasam muka...dengan bermasam muka... sehingga ada yang mengatakan orang selalu merajuk, bermasam muka cepat tua mungkin kerana ketika bermasam muka...otot muka byk digunakan, tetapi bila kita senyum...hanya sedikit otot muka digunakan, dan ramai yang mengakui dengan senyuman boleh menjadikan kita awet muda....ini mungkin kaedah sains,saya pun kurang pasti.

Konsep senyuman yang cuba diketengahkan di sini kerana jarang kedapatan senyuman melainkan apabila jumpa orang yang dikenali sahaja.Sebenarnya kadang-kadang dengan muka yang masam, orang pun takut nak tegur, dari sini kemungkinan boleh terjadi hilang kawan, kerana dari bermasam muka, mungkin akan terjadi pertengkaran, dan akhirnya tidak bertegur sapa. Seperti kata seorang kenalan "muka masam mencuka, kawan-kawan pun lari". Ada yang mengatakan, pada dia, dengan cara begitu...dia tidak rugi apa-apa, tapi dia silap, jika tidak diubah, mungkin akan terjadi,